Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Jambatan Jepak 2025 bakal diadakan 20 Julai depan
  • SUKAN

Larian Jambatan Jepak 2025 bakal diadakan 20 Julai depan

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER Larian Jambatan Jepak 2025. -Foto Facebook JKR Sarawak.

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menganjurkan Larian Jambatan Jepak 2025 pada 20 Julai depan di Pusat Sivik Bintulu, dengan penyertaan terhad kepada 1,000 peserta.

Pengarah JKR Sarawak, Dr. Cassidy Morris berkata, acara julung kali itu bukan sekadar satu perlumbaan, tetapi satu perayaan pencapaian kejuruteraan, gaya hidup sihat dan penyatuan komuniti.

“Larian Jambatan Jepak 2025 merupakan satu penghargaan kepada rakyat. Dengan bayaran serendah RM20, peserta akan menikmati pengalaman larian profesional termasuk baju rasmi acara, pingat penamat serta sokongan penuh sepanjang acara,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Acara tersebut dianjurkan dengan sokongan Cahya Mata Sarawak dan PPES Works, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu serta Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Larian itu menawarkan empat kategori terbuka iaitu 5KM Terbuka Lelaki, 5KM Terbuka Wanita, 10KM Terbuka Lelaki, dan 10KM Terbuka Wanita

Laluan larian direka merentasi pemandangan bandar dan pesisir pantai Bintulu, dengan Jambatan Jepak sebagai mercu utama, sekali gus memberikan pengalaman unik kepada peserta.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://gritevent.com/jepakbridgerun dengan yuran penyertaan hanya RM20.

JKR Sarawak menyeru orang ramai untuk mengambil bahagian dalam acara bersejarah yang mencerminkan kemajuan negeri dan keutamaan rakyat dalam pembangunan infrastruktur.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak cipta sejarah cemerlang di Kejohanan Kebangsaan 2025, jadi landasan kukuh ke SUKMA 2026
Next: Man City diperkuatkan pemain baharu pada Piala Dunia Kelab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.