Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Man City diperkuatkan pemain baharu pada Piala Dunia Kelab
  • SUKAN

Man City diperkuatkan pemain baharu pada Piala Dunia Kelab

Utusan Sarawak 4 days ago
MANCHESTER City menandatangani Tijjani Reijnders dari AC Milan pada harga 46.3 juta pound (RM279 juta). – Foto AFP

LONDON: Manchester City menandatangani Tijjani Reijnders dari AC Milan pada harga 46.3 juta pound (RM279 juta), dengan pemain tengah itu akan memulakan aksi di Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat bermula Sabtu ini.

Pemain Belanda itu, yang menandatangani kontrak lima tahun, adalah pemain keempat dibawa masuk City minggu ini dalam usaha membentuk semua skuad selepas prestasi merosot musim ini mengikut standard mereka.

Kelab itu turut mengumumkan pembelian Rayan Cherki (Lyon), Marcus Bettinelli (Chelsea) dan Rayan Ait Nouri (Wolves), menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan City mencecah sekitar 108 juta pound (RM651 juta).

Pemain yang menyinar di Serie A musim lalu dengan 15 gol bersama AC Milan itu bakal menjadi pengganti kepada Kevin De Bruyne yang meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu.

“Saya amat teruja menyertai Manchester City. Ini adalah kelab terbaik dunia dengan pemain kelas dunia, kemudahan terbaik dan dikendalikan jurulatih hebat seperti Pep Guardiola.

“Saya mahu menyumbang lebih banyak kejayaan untuk kelab ini pada tahun-tahun mendatang,” kata Reijnders.

City kini dalam fasa rombakan besar-besaran selepas prestasi kurang meyakinkan musim lalu, dan penyertaan Reijnders dijangka mengukuhkan lagi kekuatan jentera tengah skuad kendalian Guardiola. 

– AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian Jambatan Jepak 2025 bakal diadakan 20 Julai depan
Next: Piala Negara-Negara 2025: Muhammad Azrai teruja aksi menentang New Zealand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.