Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian ECO 2025 promosi alam dan gaya hidup sihat
  • Selatan
  • WILAYAH

Larian ECO 2025 promosi alam dan gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Henry Harry Jinep berucap pada Program Larian ECO Gunung Singai 2025 hari ini.

BAU: Pekarangan Rabuh Giang, Gunung Singai, Bau semalam menjadi tumpuan apabila Larian ECO Gunung Singai 2025 edisi kedua berlangsung dengan meriah, menyaksikan penyertaan seramai 360 peserta.

Acara anjuran Persatuan Penduduk Kampung Senibong Singai, Bau itu melibatkan larian sejauh 3 kilometer dengan laluan mendaki Gunung Singai sebelum peserta kembali semula ke garisan penamat.

Tetamu kehormat, Dato Henry Harry Jinep dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran tersebut. Beliau turut menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan pemeliharaan alam sekitar melalui program berteraskan ekologi.

“Larian ECO Gunung Singai bukan sahaja menggalakkan masyarakat mengamalkan kecergasan fizikal, malah ia juga memupuk kesedaran bersama untuk menjaga khazanah semula jadi Gunung Singai yang kaya dengan flora dan fauna,” katanya.

PARA peserta Program Larian ECO Gunung Singai 2025 bersiap untuk berlepas.

Gunung Singai yang telah diiktiraf sebagai tapak Geopark turut menjadi kebanggaan masyarakat setempat serta simbol warisan alam semula jadi yang wajar dipelihara untuk generasi akan datang.

Tambah beliau, penganjuran acara seperti ini memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih menghargai keindahan alam sekitar sambil membina semangat kesukanan dan kebersamaan dalam komuniti.

Beliau juga menegaskan bahawa keunikan Gunung Singai yang sarat dengan sejarah dan budaya setempat menjadikan kawasan ini destinasi penting untuk dikekalkan dan dipromosikan sebagai produk pelancongan mesra alam.

“Dengan adanya kerjasama erat antara penduduk kampung, persatuan dan pihak kerajaan, saya yakin Larian ECO Gunung Singai mampu menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat tempatan dan pelancong luar,” ujar Henry.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Ular sawa batik bersembunyi bawah rumah
Next: Mangsa kebakaran Rumah Panjang Jantum terima bantuan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.