
KUCHING: Orang ramai dijemput untuk menyertai Larian Amal CPR dan AED 2026 yang bakal berlangsung di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 16 September 2026.
Menurut Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Stampin, Chew Kim Soon, program anjuran kelab itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kemahiran resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan defibrilator luaran automatik (AED) dalam menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.
Bertemakan ‘Pelajari CPR. Selamatkan Nyawa. Berlari Demi Satu Tujuan Murni,’ acara itu mendapat sokongan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) serta menawarkan empat kategori penyertaan iaitu;
- Jalan Santai 3 kilometer,
- Larian Santai 5 kilometer,
- Larian Pelajar 5 kilometer bagi peserta berumur 17 tahun ke bawah,
- Larian 10 kilometer bagi kategori lelaki dan wanita.

Larian 10 kilometer akan dilepaskan pada 6.15 pagi dengan yuran penyertaan RM60, manakala Larian Santai 5 kilometer dan Larian Pelajar 5 kilometer bermula pada 6.45 pagi dengan yuran masing-masing RM50 dan RM45.
Kategori Jalan Santai 3 kilometer pula akan bermula pada 6.50 pagi dengan yuran penyertaan RM50.
Pendaftaran kini dibuka menerusi laman sesawang Malaysia Runner.
Oleh Masrin Affirah