Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapangan Terbang Lawas ditutup kerana banjir
  • TEMPATAN

Lapangan Terbang Lawas ditutup kerana banjir

Utusan Sarawak 5 years ago
BANJIR KILAT…Terminal lapangan terbang Lawas dibanjiri air yang menyukarkan akses
ke terminal dan lapangan terbang Lawas.

LAWAS: Lapangan terbang Lawas ditutup untuk sementara waktu sehingga banjir yang menenggelamkan landasan dan seluruh kawasan lapangan terbang Lawas surut.

Hujan lebat beserta dengan berlakunya air pasang besar menyebabkan lapangan terbang Lawas dinaiki air sejak awal pagi tadi. Penerbangan awal pagi yang tiba dari Miri selamat mendarat sebelum paras air terus mendadak naik pada sebelah tengah hari yang menyaksikan semua penerbangan ke Lawas dihentikan.

Lapangan terbang Lawas seringkali ditenggelami air apabila berlakunya banjir kilat melanda daerah Lawas.

Wabak pandemik Covid-19 ini turut menyaksikan sempadan ke Brunei untuk keluar dan masuk daerah Lawas ditutup.

Manakala itu, penangguhan perkhidmatan penerbangan dari Lawas akibat landasan ditenggelami banjir memutuskan hubungan daerah Lawas dengan bandar utama lain di Sarawak seperti Limbang dan Miri.

Namun demikian hubungan laluan darat melalui negeri Sabah masih dapat digunakan tetapi atas sebab Covid-19, berbagai prosedur menyulitkan penggunaan laluan ini.

Justeru itu, pengumuman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Sari supaya sebuah lapangan terbang baharu dibina mendapat sokongan penuh rakyat Lawas.

Kini kerja awal untuk lapangan terbang baharu itu masih diperingkat kajian Kementerian Pengangkutan Malaysia dan diharap kajian itu dapat disegerakan demi kepentingan rakyat.

Oleh Adeng Idrus

Continue Reading

Previous: Pastikan sektor logistik siap siaga
Next: Kerani rugi RM1,480 ditipu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.