Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lapangan Terbang Changi bawa demam Piala Dunia kepada pengembara
  • SUKAN

Lapangan Terbang Changi bawa demam Piala Dunia kepada pengembara

Utusan Sarawak 4 hours ago
LAPANGAN Terbang Changi (CAG), tayangan perlawanan percuma akan diadakan dari 12 Jun hingga 20 Julai di ST3PS di Basement 2 Terminal 3 dan di ruang rehat televisyen di kawasan transit Terminal 1 hingga 4. Foto Changi Airport.

SINGAPURA: Demam bola sepak “merebak” di Lapangan Terbang Changi Singapura, dengan tayangan perlawanan Piala Dunia 2026 percuma, aktiviti peminat dan kempen yang menampilkan bintang bola sepak negara serta legenda tempatan Fandi Ahmad.

Menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), tayangan perlawanan percuma akan diadakan dari 12 Jun hingga 20 Julai di ST3PS di Basement 2 Terminal 3 dan di ruang rehat televisyen di kawasan transit Terminal 1 hingga 4, membolehkan pengembara dan pelawat menyaksikan permainan sepanjang kejohanan.

Turut diadakan siri aktiviti bertemakan bola sepak di seluruh lapangan terbang itu, menawarkan peminat dan pengembara pengalaman Piala Dunia.

Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Pemasaran CAG Kelvin Ng berkata lapangan terbang itu membawa keseronokan kejohanan kepada pengembara dan peminat bola sepak dari seluruh dunia pada musim bola sepak 2026.

“Kami mengundang warga Singapura dan pengembara untuk menyertai kami dalam sambutan bola sepak global dan mengalami sendiri mengapa Lapangan Terbang Changi menjadi tempat dunia datang untuk bergembira,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, CAG turut melancarkan video baharu bertajuk “Where The World Comes To Play”, menampilkan pemain bola sepak kebangsaan Singapura dan penampilan istimewa legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad.

“Filem ini ialah untuk kita meraikan pasukan kebangsaan Singapura dan pemain yang mendedikasikan diri mereka untuk sukan itu.

“Semangat dan bakat mereka patut dilihat oleh dunia, dan kami berbangga untuk menceritakan kisah mereka dalam suasana Changi yang unik,” tambah Ng. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rombakan sektor beregu lelaki bagi mencari gandingan mantap LA2028 – Rexy
Next: IAEA bantu Mexico perkukuh keselamatan Piala Dunia FIFA 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.