Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lapan rumah musnah kebakaran di Kidurong
  • KEBAKARAN

Lapan rumah musnah kebakaran di Kidurong

Utusan Sarawak 10 hours ago
PIHAK bomba berusaha memadam api kebakaran yang memusnahkan lapan rumah setinggan berhampiran tapak pelupusan sampah Kidurong, Bintulu petang tadi. Foto BBP Bintulu

BINTULU: Lapan rumah setinggan dilaporkan musnah sepenuhnya dalam kebakaran berhampiran tapak pelupusan sampah Kidurong hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.06 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bersama bantuan BBP Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejauh tiga kilometer.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan lapan rumah tidak kekal yang terbakar 100 peratus. 

“Api berjaya dikawal pada 3.00 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.25 petang,” katanya dalam kenyataan.

PIHAK bomba berusaha memadam api kebakaran yang memusnahkan lapan rumah setinggan berhampiran tapak pelupusan sampah Kidurong, Bintulu petang tadi. Foto BBP Bintulu

Seramai 38 penghuni daripada tujuh keluarga dikenal pasti terjejas manakala keluarga yang turut terkesan tidak lagi berada di lokasi kejadian dan hanya tujuh keluarga memberi kerjasama kepada pihak bomba.

Semasa kebakaran berlaku, kebanyakan penghuni dilaporkan sedang bekerja di tapak pelupusan sampah berhampiran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Blok rumah terbakar, 25 penduduk hilang tempat tinggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.