Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan rumah dua tingkat selamat, separuh jalan terjejas tanah runtuh
  • Tengah
  • WILAYAH

Lapan rumah dua tingkat selamat, separuh jalan terjejas tanah runtuh

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Lorong Rantau Panjang Jaya 7 di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, tanah runtuh itu melibatkan separuh jalan di lorong tersebut dengan anggaran keluasan runtuhan sekitar 210 kaki panjang, 10 kaki lebar dengan ketinggian 10 kaki.

“Terdapat lapan rumah jenis dua tingkat yang berdekatan tidak terlibat, dan tiada melibatkan kecederaan penduduk,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 11.02 malam tadi.

“Pihak bomba membuat pemantauan di sekitar, pihak polis telah memasang tali sawar-sawar sepanjang kawasan. Setakat ini, tiada pemindahan mangsa dilakukan,” kata kenyataan itu.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba sambung semula operasi potong dahan pokok tumbang hari ini
Next: Banjir: 11 penghuni dua rumah panjang berjaya dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.