Lapan maut dalam nahas helikopter di Indonesia

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GAMBAR daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) menunjukkan serpihan sebuah helikopter yang terhempas di daerah Sekadau, wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, pada 16 April 2026.

JAKARTA: Pasukan penyelamat mengesahkan lapan individu yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang, maut selepas serpihan pesawat itu ditemukan di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia awal pagi semalam, lapor Xinhua.

Pegawai penyelamat Leftenan Kolonel Nurrachman Gindha Dradhizya berkata sebahagian mangsa telah ditemukan di lokasi nahas. “Empat mayat berjaya dipindahkan dan dimasukkan ke dalam beg mayat, manakala tiga lagi masih berada dalam bangkai helikopter,” katanya semalam.

Menurut manifes penerbangan, helikopter itu membawa lapan orang. Mayat mangsa terakhir masih dalam usaha dikesan setakat ini. Bagaimanapun, operasi pemindahan tidak dapat diteruskan berikutan keadaan gelap. Pasukan itu memutuskan untuk menghentikan operasi sementara dan akan menyambung semula hari ini.

“Kami akan menyambung semula esok pagi, termasuk usaha memotong bangkai helikopter untuk mengeluarkan mayat yang masih berada di dalamnya,” tambah Dradhizya. – Bernama

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada