Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan maut, 82 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bandung Barat
  • GLOBAL

Lapan maut, 82 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bandung Barat

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEJADIAN tanah runtuh melanda Kampung Pasir Langu di Bandung Barat, Jawa Barat. Foto AGENSI

JAKARTA: Lapan individu maut manakala 82 lagi dikhuatiri hilang selepas tanah runtuh melanda Kampung Pasir Langu di Bandung Barat, Jawa Barat yang menimbus beberapa kawasan kediaman pada awal pagi tadi.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari berkata tanah runtuh itu berpunca daripada hujan berintensiti tinggi yang berlaku kira-kira 2.30 pagi.

“Seramai 23 orang dilaporkan terselamat, manakala kira-kira 113 orang daripada 34 keluarga terjejas.

“Jumlah rumah yang rosak masih dalam proses pengesahan oleh petugas di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Muhari berkata BPBD telah menjalankan penilaian awal di lokasi dan memulakan usaha tindak balas kecemasan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata daerah berkenaan kekal berada di bawah Status Amaran Darurat bagi banjir, banjir kilat, cuaca ekstrem dan tanah runtuh hingga 30 April tahun ini.

Sebagai respons kepada peningkatan bencana hidrometeorologi di Jawa Barat, beliau berkata BNPB telah melaksanakan Operasi Modifikasi Cuaca (OMC) bagi mengurangkan intensiti hujan.

“Operasi itu telah dijalankan sejak 12 Januari lepas di Jawa Barat dan Jakarta, melibatkan dua pesawat yang beroperasi dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma,” katanya.

Beliau menambah bahawa 32 penerbangan telah dilakukan di ruang udara Jawa Barat, melepaskan 32,000 kilogram bahan pembenihan antara 13 dan 22 Januari lalu manakala 19 penerbangan dilaksanakan di Jakarta dengan pelepasan 12,400 kilogram bahan itu dalam tempoh yang sama.

Untuk mengoptimumkan kawalan hujan, Abdul Muhari berkata BNPB telah menambah dua pesawat jenis Caravan bagi operasi itu bermula Jumaat dan mungkin memperluaskannya ke Wilayah Banten sekiranya risiko cuaca ekstrem meningkat. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lima maut, 10 cedera dalam  letupan di majlis perkahwinan di barat laut Pakistan
Next: Sembilan maut rumah ditimpa runtuhan salji di barat laut Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.