Lima maut, 10 cedera dalam  letupan di majlis perkahwinan di barat laut Pakistan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PARA tetamu dilaporkan sedang menari ketika serangan itu berlaku, kata polis. Foto Agensi

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya lima maut manakala 10 lagi cedera dalam satu serangan bom bunuh diri pada majlis perkahwinan di Daerah Dera Ismail Khan, Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan polis.

Pegawai Polis Daerah, Sajjad Ahmad Sahibzada berkata penyerang nekad itu meletupkan jaket berisi bahan letupan di sebuah rumah di kawasan Qureshi Mor, ketika tetamu sedang menghadiri majlis perkahwinan dan menyaksikan persembahan muzik.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa angka kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, belum ada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.- Bernama-Xinhua