Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan lagi negara terima surat tarif Trump
  • GLOBAL

Lapan lagi negara terima surat tarif Trump

Utusan Sarawak 16 hours ago

NEW YORK:  Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu mengutus surat kepada pemimpin lapan lagi negara, memaklumkan bahawa tarif antara 20 hingga 50 peratus akan dikenakan ke atas barangan import dari negara-negara berkenaan bermula 1 Ogos, lapor Xinhua.

Trump terlebih dahulu memuat naik surat berkenaan kepada tujuh negara — Filipina, Brunei, Moldova, Algeria, Iraq, Libya dan Sri Lanka — di Truth Social, platform media sosial miliknya.

Menurut kandungan surat itu, tarif sebanyak 30 peratus akan dikenakan ke atas Libya, Iraq, Algeria dan Sri Lanka; 25 peratus ke atas Brunei dan Moldova; serta 20 peratus ke atas Filipina.

Pada hari sama, Trump mengumumkan bahawa tarif sebanyak 50 peratus akan dikenakan ke atas barangan dari Brazil, yang juga berkuat kuasa 1 Ogos.

Dalam surat kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, Trump mendakwa bahawa “sebahagiannya disebabkan oleh serangan halus Brazil terhadap Pilihan Raya Bebas dan Hak Kebebasan Bersuara asas rakyat Amerika… kami akan mengenakan cukai 50 peratus ke atas semua produk Brazil yang dihantar ke AS.”

“Sebarang tindakan unilateral untuk menaikkan tarif akan dibalas berdasarkan undang-undang timbal balik ekonomi Brazil,” kata Lula di platform X pada Rabu.

Naib Presiden Brazil Geraldo Alckmin pula menyifatkan tindakan Trump mengenakan tarif 50 peratus ke atas produk Brazil sebagai tidak adil.

“Saya tidak nampak sebarang sebab untuk menaikkan tarif ke atas Brazil. Brazil bukan masalah kepada Amerika Syarikat; ini penting untuk ditegaskan.

“Amerika Syarikat mencatatkan defisit perdagangan global, namun mempunyai lebihan dagangan dengan Brazil,” kata Alckmin.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Trump tegaskan tarikh akhir tarif 1 Ogos, ‘tiada lagi penangguhan’
Next: China kendali lebih 100 bilion bungkusan pada 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.