Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lapan individu ditahan bantu siasatan kematian lelaki di Samalaju
  • JENAYAH

Lapan individu ditahan bantu siasatan kematian lelaki di Samalaju

Utusan Sarawak 11 months ago
KETUA Polis Daerah Bintulu
Superintenden Nixon Joshua Ali

BINTULU: Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes membabitkan kematian seorang lelaki di sebuah kilang di kawasan Samalaju di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, kejadian berlaku pada 10 Jun lalu kira-kira 11.00 malam. 

“Sejurus menerima maklumat, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah menahan dan menangkap kesemua suspek yang disyaki terlibat di sekitar kawasan Bandar Bintulu dan Samalaju.

“Turut ditahan adalah seorang pengurus bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, punca kejadian dipercayai akibat bunyi bising di dalam rumah pekerja sehingga menimbulkan pertengkaran.  

“Kesemua suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret bagi siasatan lanjut dijalankan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nixon menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. 

“Peringatan tegas juga ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menimbulkan suasana yang tidak tenteram. 

“Sekiranya terkesan, maka tindakan undang-undang akan diambil,” tegas beliau.

Ujarnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi 014-6066404 iaitu Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizuddin Zaidi atau disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. 

Continue Reading

Previous: Dua lelaki didakwa edar 38.85 kilogram methamphetamine di KLIA2
Next: Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini – Peguam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.