Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lapan bilik kontena musnah dalam kebakaran rumah transit di Bakun
  • KEBAKARAN

Lapan bilik kontena musnah dalam kebakaran rumah transit di Bakun

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAPAN bilik kontena musnah sepenuhnya dalam kebakaran rumah transit di Empangan Bakun awal pagi tadi.

BINTULU: Lapan bilik jenis kontena musnah dalam satu kebakaran melibatkan rumah transit di kawasan Empangan Bakun, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.02 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba di lokasi yang terletak sekitar 70 kilometer dari balai pada 5.19 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan lapan daripada 24 bilik kontena yang dijadikan rumah tumpangan sementara oleh kontraktor binaan.

“Kesemua bilik yang terbakar musnah sepenuhnya dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan bilik kontena di Empangan Bakun.

“Pasukan bertindak menjalankan pemadaman secara defensif bagi mengawal dan mengelakkan kebakaran daripada merebak ke bilik lain berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada 5.30 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.25 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Difahamkan, tindakan pemadaman awal turut dilakukan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) Bakun sebelum ketibaan pasukan bomba.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Continue Reading

Previous: Stor baja terbakar di SK Koran, orang awam padam api lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.