Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Langkah perluas barangan SARA terima sambutan positif rakyat
  • SEMASA

Langkah perluas barangan SARA terima sambutan positif rakyat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JESSIE Malla Daniel.

BINTULU: Orang ramai menyambut baik langkah Kerajaan MADANI memperluas kategori barangan yang boleh dibeli menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Peluasan tersebut melibatkan produk kebersihan rumah seperti sabun, serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk dan pencuci lantai, sekali gus menjadikan jumlah kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.

Sebelum ini, program berkenaan merangkumi barangan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan serta peralatan persekolahan.

Rata-rata orang awam menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah positif yang mampu membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup yang kian meningkat.

Jessie Malla Daniel, 26, seorang penasihat jualan produk kecantikan di syarikat swasta berkata, barangan yang ditambah merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian.

JEFFERSON Sada Joseph Uloi.

“Pada pendapat saya, barangan tersebut adalah antara keperluan paling asas. Jadi, penambahan ini memang sangat membantu keluarga yang serba kekurangan,” katanya.

Jefferson Sada Joseph Uloi, 26, yang juga bekerja di sektor swasta turut bersetuju dengan langkah tersebut.

“Ia sangat membantu keluarga berpendapatan rendah kerana harga barangan sekarang agak mahal,” katanya ringkas.

Sementara itu, Elizabeth Enggat, 27, eksekutif di pusat perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi, menyifatkan peluasan kategori barangan berkenaan memberi impak besar kepada masyarakat.

“Langkah ini mampu membantu ratusan keluarga yang memerlukan.

“Ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah dan membolehkan golongan sasar membeli barangan kebersihan serta keperluan lain di bawah SARA,” jelasnya.

Program SARA merupakan salah satu inisiatif di bawah Kerajaan MADANI bertujuan memastikan bantuan disalurkan secara berkesan dan menyeluruh kepada mereka yang memerlukan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bank Muamalat anjur ‘Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama’
Next: STB, Brunei perkukuh promosi pelancongan di ATM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.