Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • NASIONAL

Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Suasana di dalam Dewan Rakyat yang kosong apabila kesemua 222 ahli dewan pulang selepas tamat mesyuarat. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini, antara lain akan membincangkan langkah ke hadapan yang akan dilaksanakan kerajaan susulan keputusan yang diperoleh kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepada Menteri Belia dan Sukan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10.00 pagi.

Turut tersenarai, soalan daripada Lo Su Fui (GRS-Tawau) kepada Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana yang dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Soalan itu turut meliputi pendekatan mengambil alih pengurusan air di Sabah seperti yang dilaporkan oleh media yang dikhuatiri bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri dalam memastikan komitmen berkenaan dilaksanakan.

Pada sesi soal jawab pula, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah yang menyeluruh termasuk dari segi hukuman kesalahan jenayah syariah, pelantikan Hakim Syarie dan sebagainya.

Setelah selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan bacaan kedua Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: RM11.2 bilion wang tidak dituntut sehingga 30 April lepas
Next: Jofliam cef pizza Malaysia pertama dapat pengiktirafan APN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.