Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Landasan LTSAH dibuka semula 8.00 malam tadi
  • NASIONAL

Landasan LTSAH dibuka semula 8.00 malam tadi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Bernama

ALOR SETAR: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petang tadi telah dibuka semula pada 8.00 malam.

Pengurus LTSAH Ikram Alif Mansoor berkata landasan yang ditutup pada 5.30 petang itu dibuka semula selepas kerja-kerja pemindahan pesawat, pembersihan serta pemeriksaan terhadap landasan selesai dilaksanakan.

“Sebanyak empat penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan yang tergendala akibat insiden itu telah disusun semula.

“Kita sedang menyusun jadual untuk semua penerbangan yang terlibat… ada juga penerbangan yang melibatkan jemaah haji, jadi kita akan cuba selesaikan malam ini juga,” katanya kepada Bernama di lapangan terbang berkenaan malam ini.

Terdahulu, Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan landasan LTSAH ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik TUDM pada 5.00 petang tadi.

Penutupan landasan itu bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Perdana Menteri tinjau persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
Next: Malaysia hasrat teraju penyelidikan, inovasi virologi global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.