Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Landasan di LTAK ditutup sementara susulan insiden berkaitan pesawat
  • SEMASA

Landasan di LTAK ditutup sementara susulan insiden berkaitan pesawat

Utusan Sarawak 19 hours ago
PESAWAT CN-235 tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Foto media sosial

KUALA LUMPUR: Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kini ditutup untuk memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerja-kerja pembersihan landasan berikutan insiden berkaitan pesawat pada 11.30 pagi ini.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd, Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga 3.00 petang ini.

“Semasa tempoh penutupan ini, semua operasi penerbangan di LTAK akan terjejas. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“Lapangan terbang itu akan memberikan maklumat terkini selepas landasan tersebut diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” menurut pengendali lapangan terbang itu di laman X hari ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RM50 juta diperuntuk bagi 46 projek penyelenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak
Next: Insiden pesawat tentera di LTAK dipantau rapi – Kim Shin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.