Insiden pesawat tentera di LTAK dipantau rapi – Kim Shin

Facebook
WhatsApp
PESAWAT tentera tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

KUCHING: Insiden melibatkan sebuah pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) lewat pagi ini mengakibatkan semua operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pesawat berkenaan mengalami masalah ketika mendarat sekitar 11.15 pagi, sekali gus memaksa pihak berkuasa menghentikan semua penerbangan komersial dan mengalihkan beberapa penerbangan masuk sebagai langkah keselamatan.

Katanya, pihak tentera kini sedang menguruskan situasi di lokasi dan berusaha membersihkan landasan secepat mungkin.

“Kementerian saya sedang memantau situasi ini dengan rapi dan bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan landasan dapat dibuka semula secepat mungkin supaya semua penerbangan yang terjejas dapat disambung semula dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Orang ramai yang terjejas dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi syarikat penerbangan masing-masing.

Oleh Amanda L

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan