Lan Berame Nge SadongTarikan baharu Sadong Jaya

Facebook
WhatsApp
TARIKAN BAHARU… Ir Aidel Lariwoo (lapan, kanan) bersama tetamu jemputan lain bergambar di hadapan ikon Pekan Warisan Pendam dan Sadong Jaya.

PROGRAM ‘Lan Berame Nge Sadong’ merupakan acara tahunan yang dilangsungkan di perkarangan gerai pekan kecil  Sadong Jaya.

Program berkenaan dianjur bagi mencetus kemeriahan suasana selain tarikan terbaharu kepada umum untuk mengunjungi  Sadong Jaya sekali gus mengenali secara mendalam kawasan yang terkenal dengan perolehan hasil laut seperti ikan terubok.

Kebiasaan, setiap kali penganjuran program berkenaan banyak diselit sama aktiviti seperti pameran, pertandingan, jualan pelbagai produk masyarakat setempat dan banyak lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo berkata  Lan Berame Nge Sadong merupakan produk terbaharu untuk menghimpunkan masyarakat agar berkunjung ke Sadong Jaya.

“Saban tahun program ini dianjurkan, ia berupaya mencetus satu fenomena yang luar biasa.

“Bukan sahaja dapat menghidupkan kemeriahan di kawasan berkenaan bahkan menjadi satu tarikan baharu kepada masyarakat luar untuk berkunjung ke sini ,” ujar beliau ketika mengulas ringkas mengenai program berkenaan.

Menurut beliau, pada tahun lepas program berkenaan berlangsung dengan cukup meriah sekali sepanjang tiga hari ia dianjurkan.

“Tahun lepas program ini berlangsung selama tiga hari (26, 27 & 28 April). Nyata, ia berjaya mendapat sambutan membanggakan dan menariknya ramai pengunjung dari luar kawasan turut hadir memeriahkan suasana,” tambah beliau.

Sambil mengakui,  kemeriahan suasana lebih berbeza apabila terdapatnya pendaratan ikan popular dikalangan masyarakat setempat iaitu ‘ikan terubok’.

“Jika pada masa berlangsung program ini yang turut dibanjiri pendaratan ikan tersebut, suasana lebih meriah.

“Ini kerana kehadiran masyarakat dari luar yang ketara terutama penggemar ikan berkenaan yang tidak melepaskan peluang untuk membeli ikan segar,” jelas beliau lagi.

Secara tidak langsung, penganjuran program berkenaan menambah  populariti daerah Sadong Jaya yang terkenal dengan ikan terubok.

Ia turut menyerlahkan potensi besar untuk menjadikan daerah yang terletak dipesisir Sungai Batang Sadong itu sebagai destinasi pelancongan domestik.

Itulah kelebihan disebalik penganjuran program ‘Lan Berame Nge Sadong’ sejak ia mula diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Apa pun jelas Ir Aidel, besar harapan pihaknya agar kemeriahan penganjuran program berkenaan pada masa akan datang akan terus meriah dan berupaya meletakkan nama Daerah Sadong Jaya lebih dikenali umum.

Oleh Faizal Bujang

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan