Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laluan masuk utama Lorong Stapok Utama 1 ditutup sementara hingga 16 April depan
  • TEMPATAN

Laluan masuk utama Lorong Stapok Utama 1 ditutup sementara hingga 16 April depan

Utusan Sarawak 2 months ago
PETA menunjukkan laluan kawasan kerja dan penutupan sementara Lorong Stapok Utama 1 bagi projek penambahbaikan sistem saliran di RPR Batu Kawah, Kuching bermula esok, 19 Mac hingga 16 April depan.

KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak mengumumkan penutupan sementara laluan masuk utama ke Lorong Stapok Utama 1 bermula esok, 19 Mac hingga 16 April depan.

Menurut jurucakap DID, ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di RPR Batu Kawah.

“Penutupan selama empat minggu ini adalah sebahagian daripada projek penambahbaikan infrastruktur di Batu Kawah, melibatkan kerja menaik taraf parit di kawasan tersebut. 

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di kawasan terlibat dan mematuhi arahan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Pihak DID Sarawak bakal mengeluarkan makluman lanjut sekiranya terdapat perubahan terhadap jadual kerja atau kawasan yang terlibat. Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat DID Sarawak di talian 082-243241 atau Wawasan Capital Sdn. Bhd. di 082-577798 pada waktu pejabat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sudirman Kram Ketua Polis Daerah baharu IPD Lundu
Next: Kuasai bahasa Inggeris resipi kejayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.