Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laksana 30 projek RTP bernilai RM5 juta di DUN Kalaka tahun depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Laksana 30 projek RTP bernilai RM5 juta di DUN Kalaka tahun depan

Utusan Sarawak 7 months ago
KURSUS penyediaan senarai RTP Bahagian Betong bagi 2025 berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

KUCHING: Sebanyak 30 projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah dimuktamadkan untuk dilaksanakan tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, keseluruhan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tersebut diagihkan bagi memenuhi keperluan dan mengikut keutamaan rakyat di konstituensi itu.

“Peruntukan RTP berjumlah RM5 juta yang diperuntukkan setiap ADUN akan dimanfaatkan bagi melaksanakan 30 projek pembangunan yang bakal dilaksanakan pada tahun depan.

“Kita harapkan pelaksanaan kesemua 3p projek RTP itu pada tahun depan akan berjalan lancar, sekali gus memberi manfaat dan keselesaan kepada masyarakat setempat.

“Kesemua projek RTP ini bakal memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk-penduduk terutamanya di kawasan kampung dan rumah panjang serta sekolah di kawasan DUN Kalaka.

“Insyaallah beberapa projek ini pastinya akan memberikan impak yang besar kepada penduduk di kawasan DUN N.38 Kalaka,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohamad Duri telah menghadiri kursus penyediaan senarai RTP Bahagian Betong bagi 2025 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Krian Friday Belik dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nurul Astairah Sahari cari bapa kandung untuk jadi wali pernikahan
Next: Program rondaan cegah jenayah di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.