Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KUSKOP anjur dialog koperasi ASEAN di Kuala Lumpur minggu depan
  • BISNES

KUSKOP anjur dialog koperasi ASEAN di Kuala Lumpur minggu depan

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (kanan) menunjukkan produk yang dijual usahawan sewaktu melawat gerai jualan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau selama tiga bermula hari ini hingga Ahad ini. FOTO BERNAMA

TAWAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada Selasa dan Rabu depan sebagai usaha memperkasakan peranan dan kerjasama antara badan koperasi negara serantau.

Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata bersempena dengan tanggungjawab Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, dialog itu akan dihoskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di ibu negara, dengan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan ekonomi serantau.

“Badan koperasi kebangsaan kita dengan keseluruhan badan koperasi ASEAN akan berhimpun dan di situ kita akan melihat, meneliti pembangunan keseluruhan koperasi di rantau ini.

“Kita mahu menggalakkan koperasi negara kita bekerjasama dengan koperasi-koperasi di luar negara bukan hanya pada peringkat ASEAN, tetapi juga di persada dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ewon ditemui selepas hadir meninjau reruai pameran dan jualan pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula pada hari ini di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini.

Mengulas lanjut, Ewon berkata beliau juga dijadualkan menyampaikan ucap tama bersempena dengan penganjuran Dialog Koperasi ASEAN berkenaan pada Selasa.

Dalam pada itu, selaku kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan gerakan koperasi, Ewon menzahirkan hasratnya untuk melihat lebih banyak koperasi tempatan menyertai ekspo-ekspo antarabangsa.

“Bermula pada tahun lepas lagi kita telah bawa beberapa koperasi bersama syarikat-syarikat perusahaan sederhana lain menyertai ekspo luar antaranya di Riyadh, Arab Saudi, ia penting untuk pembangunan dan pendedahan mereka ke pentas dunia,” katanya.

Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan telah memperuntukkan RM1 juta kepada ANGKASA selaku pengerusi Kesatuan Koperasi ASEAN (ACO) bagi menjayakan sesi Dialog Koperasi ASEAN.

Untuk rekod, sektor koperasi di Malaysia telah menyumbangkan RM64.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2023, bersamaan dengan tiga peratus daripada jumlah keseluruhan KDNK negara.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, disokong operasi BNM
Next: LPKP perkasa industri teksi, wujud zon khas di LTAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.