Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kurang sambutan, MTC henti laluan bas ke Batu Niah
  • Utara
  • WILAYAH

Kurang sambutan, MTC henti laluan bas ke Batu Niah

Utusan Sarawak 4 hours ago
ALAN, seorang pemandu bas yang ditemui Utusan Sarawak hari ini.

BEKENU: Perkhidmatan bas henti-henti dari Bandaraya Miri ke pekan bersejarah Batu Niah telah dihentikan secara rasmi mulai 1 Ogos, berikutan kekurangan penumpang sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang pemandu veteran syarikat Miri Transport Company (MTC), Alan, 72, keputusan menghentikan laluan itu dibuat selepas tiada sambutan diterima sejak Mac lalu.

“Mulai semalam, perkhidmatan bas MTC tidak lagi ke pekan Batu Niah. Namun, masih ada laluan bas MTC melalui Lebuhraya Pan Borneo yang hanya berhenti di Simpang Batu Niah (Simpang Ngu),” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa laluan bas ke Batu Niah melalui Jalan Persisiran Pantai Miri–Bintulu telah dihentikan, dan jadual perjalanan bas berkenaan kini diubah ke pekan Bekenu.

Mengulas mengenai sambutan di laluan baharu, Alan berkata terdapat penumpang dari Bekenu ke Miri, namun bilangannya masih tidak ramai.

“Penumpang dari Miri ke Bekenu pada pagi ini tiada, manakala dari Bekenu ke Miri ada sedikit, walaupun tidak ramai,” tambahnya.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang ketika cari sayur di kawasan belukar
Next: TBBC Sri Aman hulur sumbangan kepada bekas peninju terjejas kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.