Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah – Wan Junaidi
  • NASIONAL

Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah – Wan Junaidi

Utusan Sarawak 2 years ago
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menemui pemberita selepas Majlis Interaksi bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Siri 1 2023 di Bangunan Parlimen, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Beliau berkata di bawah Perkara 45 (1) (a), Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan dua wakil boleh dipilih dari negeri masing-masing untuk ke Dewan Negara, namun jumlah itu boleh ditambah.

“Bergantung kepada kerajaanlah… sekarang kita ada dua orang diundi menjadikan mereka yang dipilih seramai 26, manakala yang dilantik Yang di-Pertuan Agong seramai 44 orang.

“…jumlah ini boleh ditambah seorang lagi…macam House of Lords di England, United Kingdom pada satu-satu masa ada 1,800 orang (Senator).. tiada masalah kalau ditambah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Interaksi bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Siri 1 2023 di Bangunan Parlimen, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan beberapa pihak yang mahu kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada negeri ditambah, sebagai usaha memperkasakan fungsi Dewan Negara.

Hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 pada 19 Jun lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Purata 15,000 kekosongan jawatan secara tetap perlu diisi setiap tahun – SPA
Next: Anwar tidak akan zalimi sesiapa termasuk pembangkang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.