Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunci tertinggal dalam kereta, tindakan pantas APM Saratok selamatkan keadaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kunci tertinggal dalam kereta, tindakan pantas APM Saratok selamatkan keadaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA APM membantu seorang penduduk yang berdepan detik cemas selepas kunci keretanya tertinggal di dalam kenderaan yang terkunci secara automatik dalam kejadian di Rumah Untang, Tanjung Sikup Melupa, dekat sini semalam. Foto APM Saratok

SARATOK: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya membantu seorang penduduk yang berdepan situasi cemas apabila kunci keretanya tertinggal di dalam kenderaan di Rumah Untang, Tanjung Sikup Melupa, dekat sini semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 2.01 petang berhubung kejadian tersebut sebelum menggerakkan anggota ke lokasi tiga minit kemudian.

Menurut beliau, sepasukan tiga anggota yang diketuai oleh Prebet Holleyness Alek bersama Prebet Christoper Reccie Asu dan Prebet Asfa Faziana Abdullah telah dikerahkan bagi memberi bantuan kepada pengadu.

“Pasukan tiba di lokasi pada 2.28 petang dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga terkunci dengan kunci masih berada di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pengadu, Jamel Sito, memaklumkan bahawa kejadian berlaku selepas beliau menyimpan barang ke dalam rumah sebelum menyedari keretanya telah terkunci secara automatik dengan kunci masih berada di dalamnya.

Sebelum operasi dijalankan, ketua skuad memastikan semua anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dengan betul bagi menjamin keselamatan sepanjang tugas menyelamat dilaksanakan.

Pasukan APM kemudian menggunakan peralatan khas pembuka pintu kenderaan, iaitu alat pam udara kunci pintu kereta untuk membuka pintu kereta tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada kenderaan terbabit.

“Hasil tindakan pantas anggota bertugas, pintu kereta berjaya dibuka dalam tempoh kira-kira 10 minit dan kunci tersebut berjaya diserahkan semula kepada pemiliknya,” jelas Nur Athirah.

Beliau turut memaklumkan bahawa selepas operasi selesai, anggota memastikan semua peralatan logistik yang digunakan berada dalam keadaan baik dan mencukupi sebelum meninggalkan lokasi.

Kes berkenaan berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 2.38 petang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita Bukit Saban digalak manfaatkan program kemahiran dan keusahawanan
Next: Tiang bentang pencapaian pembangunan lebih RM30 juta di DUN Pelawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.