KUCHING: Sebanyak 10 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 4.00 petang ini, dengan Kuching dan Samarahan mencatat bacaan tertinggi iaitu 163.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Kuching dan Samarahan masing-masing mencatat bacaan 163, diikuti IPD Serian (162), Bintulu (156), Sarikei (155), Sri Aman dan Sibu masing-masing (152), Mukah (137), Samalaju (116) serta Tebedu (104).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Sementara itu, Lundu mencatat bacaan 92, diikuti Miri (90), Lubok Antu (83), ILP Miri (74), Bario (64), Kapit (62) serta Limbang dan Lawas masing-masing (57), semuanya pada tahap sederhana.
Orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.





