Kuching catat bacaan IPU tertinggi di Sarawak – Jabatan Alam Sekitar

Facebook
WhatsApp
CUACA berjerebu di Kuching.

KUCHING: Kuching mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak.

JAS berkata data daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) menunjukkan bacaan IPU di Kuching berada antara 101 hingga 134, manakala kebanyakan kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan sederhana, iaitu antara 55 hingga 116.

Menurut JAS, kemerosotan kecil dalam kualiti udara dipercayai dipengaruhi oleh corak tiupan angin serantau serta jerebu rentas sempadan susulan kewujudan titik panas di Kalimantan, Indonesia.

JAS menasihatkan orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru, supaya mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan apabila bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat.

Jabatan itu turut menggalakkan orang ramai memantau bacaan IPU terkini menerusi sistem APIMS dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan masing-masing.

Oleh Connie Chieng

Sarawak anjur IDECS 2026 Oktober ini

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat