
MIRI: Kualiti udara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana, setakat 6.00 petang ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), stesen pencerap di ILP Miri mencatatkan bacaan 66.
Kawasan Miri turut mencatatkan (IPU) pada tahap sederhana iaitu dengan bacaan 64.

Semalam, kawasan ILP Miri mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu dengan bacaan 136 setakat 3.00 petang.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dianggap baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 adalah berbahaya.
Oleh Liong Chai Ling