Bacaan IPU kekal sederhana di Kuching, Mukah catat tahap tidak sihat

Facebook
WhatsApp
PEMANTAUAN… Keadaan cuaca cerah dan berangin di sekitar Kuching petang ini, dengan bacaan IPU mencatat paras sederhana iaitu 75 setakat 4.00 petang, menurut data NREB. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya ini kekal dalam kategori sederhana dengan paras 75 setakat 4.00 petang tadi, menurut data rasmi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

Pemerhatian di sekitar Kuching mendapati cuaca cerah dan berangin tanpa kehadiran jerebu tebal yang menjejaskan jarak penglihatan, namun pemantauan berterusan masih diperlukan berikutan peningkatan bacaan IPU di beberapa kawasan.

PEMANTAUAN… Keadaan cuaca cerah dan berangin di sekitar Kuching petang ini, dengan bacaan IPU mencatat paras sederhana iaitu 75 setakat 4.00 petang, menurut data NREB. Foto: Shikin Mahmud

Mukah mencatat bacaan tertinggi di Sarawak pada 153, iaitu dalam kategori tidak sihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan awam terutama kepada golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas dan penghidap penyakit pernafasan.

Selain Mukah, beberapa kawasan lain yang mencatat bacaan sederhana tinggi termasuk Lundu (79), Samalaju (77), Kuching (75), Tebedu (73) dan Bintulu (68).

PEMANTAUAN… Keadaan cuaca cerah dan berangin di sekitar Kuching petang ini, dengan bacaan IPU mencatat paras sederhana iaitu 75 setakat 4.00 petang, menurut data NREB. Foto: Shikin Mahmud

Kawasan lain seperti Miri (65), Sarikei (66), Limbang (64), Sibu (63) dan Kapit (51) turut kekal dalam julat sederhana, manakala Lubok Antu menjadi satu-satunya kawasan dengan bacaan baik pada paras 45.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, menggunakan pelitup muka jika perlu, serta mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Untuk maklumat lanjut dan bacaan terkini IPU, sila layari portal rasmi NREB di www.nreb.gov.my.

Oleh Shikin Mahmud