Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kru Polaris Dawn berjaya laksana pengembaraan angkasa lepas swasta pertama
  • GLOBAL

Kru Polaris Dawn berjaya laksana pengembaraan angkasa lepas swasta pertama

Utusan Sarawak 8 months ago
IMEJ menunjukkan pemandangan Bumi dan platform pejalan kaki Skywalker kapsul Dragon sejurus selepas kru Polaris Dawn dilancarkan ke orbit, 10 Sept 2024. FotoSpaceX via AP 

WASHINGTON: Pengembaraan angkasa lepas swasta pertama di luar Bumi berjaya dilaksanakan apabila peminat angkasa lepas dan komander penerbangan angkasa Polaris Dawn, Jared Isaacman, serta Jurutera SpaceX, Sarah Gillis, menghabiskan masa di luar kapal angkasa Dragon pada pagi semalam, lapor United Press International (UPI).

Namun, Isaacman dan Gillis tidak hanya menikmati pemandangan Bumi dan angkasa lepas yang menakjubkan dari kapal angkasa. Mereka juga melakukan ujian terhadap sut angkasa baharu SpaceX untuk melihat sama ada sut yang lebih ringan dan ditambah baik ini bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran angkasa lepas.

“SpaceX, di bumi kita masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi dari sini ia kelihatan seperti dunia yang sempurna,” kata Isaacman ketika berdiri di luar Dragon sambil merenung kembali ke arah Bumi.

Isaacman dan Gillis keluar dari Dragon seorang demi seorang, masing-masing selama kira-kira 15 minit. Keseluruhan kru memakai sut angkasa EVA baharu SpaceX, yang direka supaya ringan dan lebih fleksibel sambil memberi perlindungan kepada manusia daripada persekitaran yang sukar di luar Bumi.

ROKET SpaceX Falcon 9 dengan empat kru berlepas dari pad 39A di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, 10 September 2024. FotoAFP

Memandangkan kapal angkasa Dragon tidak mempunyai sendat udara, bahagian dalamannya terdedah sepenuhnya kepada vakum angkasa semasa pengembaraan angkasa lepas. Juruterbang Scott “Kidd” Poteet dan ahli kru Anna Menon turut memakai sut angkasa mereka.

Kamera yang dipasang di dalam dan di luar Dragon, bersama kamera lain yang dipasang pada sut angkasawan memberikan pandangan unik mengenai angkasa dan Bumi, yang berada kira-kira 322 kilometer (km) lebih tinggi daripada Stesen Angkasa Antarabangsa.

Angkasawan swasta ini meninggalkan Bumi pada Selasa dari Pusat Angkasa Kennedy dengan menaiki roket Falcon 9 SpaceX. Kru berjaya mencapai matlamat pertama mereka kelmarin untuk mengorbit pada ketinggian 1,400 km  di atas Bumi.

KRU Polaris Dawn, dari kiri, Anna Menon, Scott Poteet, Jared Isaacman dan Sarah Gillis, pada sidang akhbar di Pusat Angkasa Kennedy, Cape Canaveral, Florida, AS, 19 Ogos 2024. FotoREUTERS

Misi angkasa swasta ini telah mencipta rekod dengan mencapai orbit paling jauh mengelilingi Bumi sejak era Apollo serta pencapaian wanita berada paling jauh di angkasa lepas.

Polaris Dawn dan kapal angkasa Dragon akan kembali ke Bumi di mana mereka dijadualkan mendarat di Lautan Atlantik. – Bernama – UPI

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Bebinca dijangka hampiri Pulau Okinawa, Amami hujung minggu ini 
Next: Microsoft mansuh 650 pekerjaan di unit permainan Xbox

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.