Kru kapal warga India dikhuatiri hilang jatuh dari kapal 

Facebook
WhatsApp
TEMPAT KEJADIAN… Pasukan bomba dan polis berada di lokasi kejadian, petang tadi.
 

SIBU: Seorang pekerja kapal warganegara India hilang dipercayai terjatuh dari kapal yang sedang mengorek pasir di Sungai Rajang, Jalan Stabau, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 3.10 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander operasi mengambil maklumat kejadian dan keterangan daripada rakan mangsa. 

“Selepas mengisi minyak kren, mangsa pergi menyimpan barang ke dalam stor yang berada di belakang kapal namun mangsa tidak dijumpai selepas itu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan memberitahu, maklumat daripada rakan mangsa semasa kejadian kapal tempat mangsa bekerja berada 1 km meter di tengah Sungai Rajang.

“Operasi ditangguhkan pada 5.00 petang dan akan disambung pada keesokan pagi bersama agensi lain,” katanya.

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai