Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KRT Persiaraan Brooke ceriakan guru, pelajar DFC
  • PENDIDIKAN

KRT Persiaraan Brooke ceriakan guru, pelajar DFC

Utusan Sarawak 3 days ago
DIRAIKAN BERSAMA… Jendri (lima kanan), Melinda (empat kiri), Pauline (lima kiri) merakam kenangan bersama guru dan pelajar Destiny For Children pada sambutan Hari Guru dan Hari Gawai, hari ini.

SIBU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Persiaraan Brooke telah membawa keceriaan kepada guru dan pelajar Destiny For Children (DFC) menerusi sambutan Hari Guru dan Hari Gawai hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sibu, Jendri Mangku.

Jendri dalam ucapannya merasa kagum terhadap komitmen DFC dalam menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dokumen kewarganegaraan (stateless).

“Tahniah atas komitmen DFC dalam menyediakan ruang dan peluang kepada anak-anak ini untuk belajar, berkembang dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain, usaha ini amat dihargai,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepada anak-anak DFC tidak perlu merasa rendah diri kerana kekurangan dari segi status kewarganegaraan, sebaliknya perlu terus menghormati ibu bapa dan guru sebagai asas kejayaan.

“Perjuangan dan usaha yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan membuahkan hasil,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi KRT Persiaran Brooke Melinda Wong Hung dalam ucapan aluannya berkata, penganjuran majlis bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan latar belakang.

Beliau turut memuji inisiatif kerajaan negeri dalam membantu golongan ini mendapatkan status kewarganegaraan.

“Kami percaya bahawa tiada siapa yang ingin hidup sebagai bukan warganegara. Usaha kerajaan negeri ini amat dihargai demi memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan menarik oleh para pelajar DFC serta jamuan ringan sempena perayaan Gawai yang bakal menjelang.

Turut hadir Pengetua DFC, Pauline Rogers.
Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Guru, murid bukan bahan uji kaji
Next: 72 murid, 16 guru, ahli AKP raikan Hari Guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.