Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Krisis di Mali, EgyptAir batal penerbangan 4,000 jemaah haji
  • GLOBAL

Krisis di Mali, EgyptAir batal penerbangan 4,000 jemaah haji

Utusan Sarawak 4 hours ago

Foto fail

BAMAKO: EgyptAir membatalkan penerbangan Haji ke dan dari Mali yang sedang dilanda krisis, sekali gus memberi kesan langsung kepada lebih 4,000 individu, menurut badan pengurusan ibadah haji negara itu pada Sabtu.

Pembatalan itu berlaku ketika negara Afrika Barat berkenaan berdepan situasi keselamatan yang semakin meruncing, dengan kumpulan pemisah dan pemberontak militan menyasarkan junta autoritarian pemerintah.

Serangan berskala besar di beberapa kubu kuat junta hujung minggu lalu mengorbankan menteri pertahanan negara itu, manakala kumpulan militan sejak itu mula menyekat beberapa laluan masuk ke ibu negara, Bamako.

Menurut badan kerajaan yang membantu rakyat Mali menunaikan haji, pembatalan penerbangan berpunca daripada “perbezaan kos susulan kenaikan harga minyak tanah, selain situasi keselamatan di Mali.”

Badan itu mengakui pembatalan berkenaan “sememangnya menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan,” namun memaklumkan rundingan sedang dijalankan “di peringkat tertinggi” bagi mencari penyelesaian segera.

“Segala persiapan sedang dilakukan bagi memastikan para jemaah dapat berlepas dalam keadaan sebaik mungkin,” katanya.

Pembatalan itu menjejaskan hampir satu pertiga daripada keseluruhan kuota 13,323 jemaah yang diperuntukkan kepada Mali bagi musim Haji 2026.

Permit haji diagihkan kepada negara berdasarkan sistem kuota dan diberikan kepada individu menerusi sistem cabutan.

Jemaah dari seluruh dunia kini mula tiba di Arab Saudi, dengan ibadah Haji dijadual bermula pada minggu terakhir Mei.

Semua umat Islam diwajibkan menunaikan haji ke Makkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sekiranya berkemampuan.

Setiap tahun, jutaan umat Islam berhimpun di kota suci itu untuk melaksanakan beberapa hari ritual ibadah yang menelusuri semula perjalanan haji terakhir Nabi Muhammad SAW. – AFP

Continue Reading

Previous: Nahas pesawat luncur, juruterbang 72 tahun maut
Next: Gunung Semeru Indonesia meletus, kepulan asap menjulang 900 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.