Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPWKS rayu HRDU isi segera 11 kekosongan jawatan demi kelancaran tugas
  • TEMPATAN

KPWKS rayu HRDU isi segera 11 kekosongan jawatan demi kelancaran tugas

Utusan Sarawak 2 hours ago
UCAPAN… Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan ucapan pada majlis penghargaan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKS) di sebuah hotel terkemuka di Kuching hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKS) merayu kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRDU) agar mengisi 11 kekosongan jawatan di bawah kementerian itu dengan seberapa segera yang mungkin.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan bahawa kementeriannya kini beroperasi dengan bilangan kakitangan yang amat minimum berikutan perpindahan pegawai dan urusan kenaikan pangkat yang belum diganti.

Menurut beliau, bebanan kerja yang digalas oleh warga KPWKS ketika ini amat berat dan memerlukan pengisian jawatan segera bagi memastikan tahap kecekapan serta produktiviti perkhidmatan tidak terjejas.

“Berdasarkan rekod semasa, kita mempunyai sekurang-kurangnya 11 kekosongan jawatan kritikal di bawah Majlis Pembangunan Sosial (MPS). Antaranya melibatkan dua jawatan pegawai yang berpindah tugas, dua jawatan naik pangkat yang belum diisi, serta dua lagi kekosongan di bawah unit lain.

“Oleh itu, bagi pihak kementerian, saya amat merayu kepada HRDU untuk membantu kami mempercepatkan proses pengisian ini kerana tugasan menyantuni isu sosial rakyat bukanlah satu kerja yang ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan KPWKS yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dato Sri Fatimah menzahirkan rasa kagum dan bangga dengan komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh warga kementerian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) yang sanggup melakukan pelbagai tugas (multitasking) dalam mendepani cabaran tersebut.

“Saya sangat terkesan melihat dedikasi kakitangan kita dalam program jangkauan. Walaupun kekurangan tenaga kerja, mereka tidak kisah untuk bekerja lebih masa demi memastikan ekosistem perlindungan sosial dan komuniti kita terus terbela secara profesional,” tambah beliau.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kuota diesel sektor industri perlu kekal mencukupi
Next: Proses Bantuan Ibu Bersalin (BIB) kini dipendekkan kepada dua minggu sahaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.