Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPS, LSCC sokong bengkel pensijilan LSVT BIG® di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

KPS, LSCC sokong bengkel pensijilan LSVT BIG® di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERSATUAN Parkinson Kuching (KPS) bersama Pusat Jagaan Strok Laila (LSCC) menyokong penganjuran Bengkel Pensijilan LSVT BIG®.

KUCHING: Persatuan Parkinson Kuching (KPS) bersama Pusat Jagaan Strok Laila (LSCC) menyokong penganjuran Bengkel Pensijilan LSVT BIG®, iaitu bengkel latihan pemulihan Parkinson bertaraf antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia buat pertama kali.

Menurut KPS, program itu merupakan pencapaian penting dalam bidang pemulihan neurologi kerana membolehkan ahli fisioterapi dan ahli terapi cara kerja menerima latihan pensijilan daripada jurulatih LSVT BIG® dari Amerika Syarikat tanpa perlu ke luar negara.

“Kaedah rawatan berasaskan bukti itu memberi tumpuan kepada peningkatan pergerakan, keseimbangan, mobiliti serta keyakinan pesakit Parkinson dalam aktiviti harian.

“KPS turut menggalakkan hospital, pusat rehabilitasi dan organisasi kesihatan untuk menghantar kakitangan mereka menyertai program berkenaan bagi memperkukuh perkhidmatan pemulihan neurologi pelbagai disiplin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PERSATUAN Parkinson Kuching (KPS) bersama Pusat Jagaan Strok Laila (LSCC) menyokong penganjuran Bengkel Pensijilan LSVT BIG®.

Mengulas lanjut, kadar pendaftaran berkumpulan turut ditawarkan kepada institusi yang menghantar dua atau lebih peserta, sekali gus memberi peluang latihan yang lebih kos efektif kepada sektor kesihatan.

Pendaftaran bagi bengkel itu dilanjutkan sehingga 5 Julai ini, dan organisasi serta pengamal kesihatan yang berminat digalakkan untuk membuat pendaftaran awal.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang https://parkinsonskuching.com.

KPS merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada sokongan, pendidikan dan advokasi kepada pesakit Parkinson, keluarga serta penjaga, selain bekerjasama dengan rakan kesihatan seperti LSCC bagi meningkatkan kesedaran dan akses kepada rawatan.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Remaja perempuan dilapor hilang ditemui selamat di Sibu
Next: RM200,000 untuk pembinaan chapel, pembangunan Stumbin terus diberi perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.