Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
  • KEMALANGAN

KPN bantu mangsa kemalangan motosikal

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, pagi tadi.

Razarudin ketika dihubungi Bernama memaklumkan ketika kejadian pada 7.39 pagi, beliau bersama pegawai dan kenderaan pengiring dalam perjalanan ke Bukit Aman bagi menghadiri Perhimpunan Bulanan.

“Sebaik melihat kejadian berlaku, saya minta pemandu berhenti untuk memberikan bantuan. Saya juga meminta pegawai menghubungi talian kecemasan untuk bantuan ambulans serta anggota trafik untuk mengawal lalu lintas.

“Difahamkan mangsa berusia 50-an cedera di kaki dan luka di tangan telah dibawa ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM untuk menerima rawatan,” katanya.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, penunggang motosikal yang memakai pakaian seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu, berada di lorong kiri sebelum mengubah haluan ke lorong kanan.

Pada masa sama, sebuah kereta juga menukar haluan ke lorong kanan mengakibatkan mangsa tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta lain.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tragic death of five road users tugged the heart of public
Next: Mayat remaja lemas ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.