Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP rampas 1,357 liter diesel
  • TEMPATAN

KPDNHEP rampas 1,357 liter diesel

Utusan Sarawak 5 years ago
DIRAMPAS… Sebuah pikap membawa lima tong drum berisi diesel dirampas untuk tindakan lanjut.

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Cawangan Miri  merampas 1,357 liter diesel yang dipercayai cuba diseleweng susulan pemeriksaan ke atas sebuah pikap di sebuah stesen minyak di Lambir di sini, semalam.

Dalam kejadian 2.00 petang itu, pemandu kereta tersebut ditahan ketika leka mengisi minyak di stesen berkenaan ke dalam tong drum.

Ketua KPDNHEP Cawangan Miri Joe Azmi Jamil, hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Hilux trak pikap(single cap)menemukan lima tong drum berwarna biru yang mengandungi diesel.

“Pemandu kereta  itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memiliki bahan api tersebut.

“Susulan itu semua diesel dan kenderaan dianggarkan sejumlah RM52,471.39 dirampas untuk tindakan lanjut, “katanya menerusi satu kenyataan semalam. Kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Rakyat sambut baik lanjutan moratorium
Next: CPPC ditubuhkan di Teng Bukap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.