Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDNHEP kesan pelitup muka murah
  • NASIONAL

KPDNHEP kesan pelitup muka murah

Utusan Sarawak 5 years ago

SABAK BERNAM, 16 Sept -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) pada Majlis Penutup Kembara Pengguna Dan Peniaga KPDNHEP Selangor 2020 sempena Program Jualan Malaysia (PJM) Dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Khind-Mistral Industries Sdn Bhd, Sekinchan, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahya (dua, kanan) merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Khind Cheng Ping Keat (tiga, kiri). -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) pada Majlis Penutup Kembara Pengguna Dan Peniaga KPDNHEP Selangor 2020 sempena Program Jualan Malaysia (PJM) Dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Khind-Mistral Industries Sdn Bhd, Sekinchan semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahya (dua, kanan) merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Khind Cheng Ping Keat (tiga, kiri). • Foto BERNAMA

SUNGAI BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan penjualan pelitup muka berharga semurah 50 sen di pasaran namun kualitinya tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid menasihati pengguna agar berhati-hati ketika membeli pelitup muka berharga jauh lebih murah daripada harga siling  agar tidak terdedah kepada bahaya lain.
“Pelitup muka ini dijual dengan harga 50 sen dan penjual dakwa ia merupakan pelitup muka tiga lapis, bagaimanapun pemeriksaan mendapati bahan yang digunakan agak meragukan.

“Pelitup itu berdebu dan boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutup program Kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor di Sekinchan di sini semalam.

Katanya, pelitup muka terbabit sedang dianalisis oleh Jabatan Kimia bagi memastikan kualitinya dan tidak menolak kemungkinan satu peraturan akan dibuat agar hanya pelitup muka memenuhi piawaian yang ditetapkan sahaja boleh dijual  demi menjamin keselamatan pengguna.

Kerajaan pada Ogos lepas menetapkan harga siling bagi pelitup muka RM1 sehelai.

Sementara itu mengulas mengenai program jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia, beliau berkata  kesedaran orang ramai didapati semakin meningkat dalam merancakkan semula ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Rosol juga berkata pengguna tidak perlu gusar ketika membeli barangan buatan tempatan kerana kualiti produk tempatan adalah setanding  dengan kualiti barangan antarabangsa malah ada yang lebih baik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Muhyiddin tetap sahabat baik – Shafie Apdal
Next: PM Muhyiddin lancar Aku Janji GRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.