Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kos keselamatan majlis perkahwinan Taylor Swift dianggarkan cecah RM680,000
  • HIBURAN

Kos keselamatan majlis perkahwinan Taylor Swift dianggarkan cecah RM680,000

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENYANYI dan penulis lagu Amerika Syarikat, Taylor Swift dan pemain  Amerika NFL, Travis Kelce, menghadiri perlawanan akhir perseorangan lelaki antara Jannik Sinner dari Itali dan Taylor Fritz dari Amerika Syarikat pada hari ke-14 kejohanan tenis US Open di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York City. Foto fail AFP

NEW YORK: Kos kawalan keselamatan bagi majlis perkahwinan penyanyi terkenal, Taylor Swift, dengan pemain Amerika NFL, Travis Kelce, dilaporkan boleh mencecah lebih AS$160,000 (kira-kira RM680,000), menurut portal hiburan TMZ.

Memetik sumber kanan Jabatan Polis New York (NYPD), TMZ melaporkan pihak polis sedang membuat persiapan untuk menempatkan puluhan detektif dan anggota polis di dua acara yang dikatakan berlangsung di Madison Square Garden (MSG), iaitu sesi raptai pada Khamis dan majlis perkahwinan pada Jumaat.

Taylor Swift

Laporan itu mendakwa lebih 70 detektif dari beberapa balai polis di seluruh New York City dijangka bertugas sepanjang dua acara berkenaan. Mereka dikatakan akan bekerja syif selama 8.5 jam dengan kadar bayaran antara AS$80 hingga AS$90 sejam (kira-kira RM350 hingga RM400), menjadikan anggaran kos melebihi AS$95,000 (sekitar RM417,000).

Selain itu, lebih 50 anggota polis lain dilaporkan akan ditempatkan di sekitar Madison Square Garden bagi mengawal keselamatan dan pergerakan orang ramai. Kebanyakan mereka dikatakan anggota baharu yang akan bekerja selama sembilan jam dengan kadar bayaran sekitar AS$70 sejam (RM310), membabitkan kos tambahan dianggarkan AS$63,000 (RM276,000).

TMZ turut mendakwa pegawai kanan NYPD akan terbabit dalam operasi berkenaan, sekali gus menjadikan keseluruhan kos kawalan keselamatan polis dianggarkan melebihi AS$160,000. Bagaimanapun, perancangan penugasan itu masih boleh berubah.

KAKITANGAN Madison Square Garden dilihat di pintu masuk venue itu di New York pada 1 Julai 2026, ketika spekulasi semakin memuncak bahawa pasangan selebriti Taylor Swift dan Travis Kelce bakal mengadakan majlis besar, malah dikhabarkan mungkin melangsungkan perkahwinan di arena bersejarah itu. Foto AFP

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada kos berkenaan akan ditanggung oleh pembayar cukai atau dibiayai secara persendirian sebagai sebahagian daripada pengurusan keselamatan majlis. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai perkara itu.

Laporan terdahulu turut menyebut anggota polis di kawasan berkenaan sudah dimaklumkan mengenai kemungkinan kehadiran ramai peminat Taylor Swift, atau dikenali sebagai Swifties, sekiranya majlis itu benar-benar diadakan di MSG.

Madison Square Garden terletak di atas Penn Station, antara hab pengangkutan paling sibuk di Amerika Syarikat. Kehadiran orang ramai dalam jumlah besar dijangka meningkatkan cabaran kawalan keselamatan dan pengurusan trafik di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, Taylor Swift dan Travis Kelce belum mengesahkan laporan mengenai tarikh atau lokasi majlis perkahwinan mereka. – AGENSI

Continue Reading

Previous: The Rayhan anggap penyatuan semula sebagai peluang kedua teruskan dakwah
Next: Bintang ‘Lethal Weapon’, Danny Glover dedah hidap Alzheimer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.