Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Selatan sedia hadapi gelombang kedua
  • GLOBAL

Korea Selatan sedia hadapi gelombang kedua

Utusan Sarawak 5 years ago
GELOMBANG KEDUA… Petugas kesihatan sedang melakukan sanitasi di salah sebuah pasar di Seoul, Korea Selatan dalam menghadapi gelombang kedua. • Foto AFP

SEOUL: Jumlah kes baharu Covid-19 di Korea Selatan meningkat dengan ketara pada Selasa apabila jangkitan membabitkan kluster gereja di Seoul tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, mendorong kerajaan mempertimbangkan langkah pencegahan lebih ketat di bandar raya itu.

Negara itu menambah 246 lagi kes Covid-19, termasuk 235 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 15,761, lapor agensi berita Yonhap menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Kes berada pada angka tiga digit untuk hari kelima berturut-turut, berikutan 166 lagi jangkitan pada Sabtu dan 103 Jumaat.

Pada Ahad, Korea Selatan melaporkan 279 jangkitan baharu,  pertama kali sejak awal Mac, angka itu melepasi 200 dan sebanyak 197 pada Isnin.

Korea Selatan menyaksikan pertambahan hampir 1,000 kes dalam tempoh lima hari kebelakangan ini. 

Negara itu sebelum ini belum pernah melaksanakan sekatan pergerakan yang ketat, berusaha untuk mengekang penularan virus dan pada masa sama mengekalkan kebanyakan aktiviti harian serta perniagaan. 

Pihak berkuasa kesihatan memutuskan untuk meningkatkan tahap penjarakan sosial di Seoul dan kawasan berdekatan kepada Tahap Dua selama dua minggu bermula Ahad. – Bernama

Continue Reading

Previous: Korban di AS melepasi 170,000
Next: Angka kematian Covid-19 kini 778,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.