Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Konvoi Fun Ride Sambutan Hari Malaysia
  • SUKAN

Konvoi Fun Ride Sambutan Hari Malaysia

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSEDIA… Yakub (dua, kiri) melakukan ‘flagoff’ pelepasan peserta di Taman Kala Dana Mukah pada pagi Rabu.

PROGRAM konvoi Fun ride anjuran Kelab Berbasikal Santai Mukah (KBSM) sempena dengan Sambutan Hari Malaysia di Mukah semalam berjaya menarik lebih 70 penyertaan daripada peminat aktiviti berbasikal di daerah itu.

Aktiviti kayuhan terbabit melibatkan jarak sejauh 35 kilometer yang bermula dari tapak Pesta Kaul Mukah di Taman Kala Dana melalui beberapa kampung antaranya Kampung Petanak,Kampung Sungai
Alo, Kampung Litong , K a m p u n g P e n a k u b Hilir, Kampung Tellian
Hilir, Stadium Mukah,Bandar Mukah dan berakhir di Penempatan Semula Kuala Lama.

Pelepasan peserta aktiviti tahunan KBSM itu telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, di Taman Kala Dana, di sini pada 7.30 pagi.

Selain anggota polis,konvoi tersebut turut d i m e r i a h k a n dengan kehadiran kenderaan dari Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Mukah yang memainkan lagu patriotik sepanjang perjalanan konvoi berbasikal tersebut.

Presiden KBSM, Asisten Superitenden (ASP) Jamil Othman yang mengetuai program tersebut turut menasihati peserta agar sentiasa mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti sedemikian yang menarik penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Jadual Jelajah dibatal
Next: Draxler penyelamat PSG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.