Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvensyen Teochew perkukuh perpaduan masyarakat majmuk Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

Konvensyen Teochew perkukuh perpaduan masyarakat majmuk Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Ke-19 Persekutuan Persatuan Teochew Sarawak di Simanggang, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menegaskan bahawa perpaduan dalam masyarakat majmuk seperti di Sarawak amat penting bukan sahaja demi kestabilan negeri, malah kerana setiap komuniti saling memerlukan antara satu sama lain.

Beliau berkata, setiap kaum dan komuniti mempunyai kekuatan serta kepakaran tersendiri yang mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri secara keseluruhan.

Menurutnya, keharmonian hanya dapat dikekalkan menerusi semangat hormat-menghormati, saling memahami dan toleransi tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan budaya.

DATO’ Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Ke-19 Persekutuan Persatuan Teochew Sarawak di Simanggang, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

“Melalui semangat perpaduan yang kukuh, kita mampu hidup bersama secara harmoni dan terus menikmati keamanan yang menjadi kekuatan utama Sarawak selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Ke-19 Persekutuan Persatuan Teochew Sarawak di sini, kelmarin.

Doris turut berharap konvensyen berkenaan dapat menjadi platform penting dalam membincangkan hala tuju yang jelas bagi memelihara warisan dan budaya masyarakat Teochew agar terus kekal relevan untuk generasi akan datang.

Pada masa sama, beliau berkata usaha memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum perlu terus diperkasa melalui penganjuran program dan aktiviti komuniti secara berterusan.

Majlis penuh warna-warni itu turut dihadiri ahli-ahli daripada pelbagai persatuan Teochew dari seluruh Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia termasuk Presiden Persekutuan Persatuan Teochew Malaysia.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Limbang bantu wanita sakit perut, dihantar ke hospital
Next: Pendidikan bukan sekadar akademik, fokus kemenjadian murid secara holistik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.