Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi
  • BISNES

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun semula untuk ditutup tinggi hari ini meskipun sentimen pasaran yang bertambah baik apabila kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan kelihatan mula mereda. 

Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberi tahu Bernama prospek emas masih disokong oleh ketidakpastian perdagangan global ketika ini dan jangkaan penurunan nilai dolar AS.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta April 2025 meningkat kepada AS$3,316.90 setiap aun troy daripada AS$3,280.90 pada Isnin dan Mei 2025 naik pada AS$3,325.90 setiap auns troy daripada AS$3,289.90 sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos meningkat kepada AS$3,343.70 setiap auns troy daripada AS$3,307.10 pada Isnin.

Jumlah dagangan merosot kepada 64 lot daripada 202 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 37 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 28 April, emas fizikal berharga pada AS$3,296.30 setiap auns troy. -Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga minyak soya, unjuran pengeluaran jejas niaga hadapan MSM ditutup rendah
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.