KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lemah minggu ini berikutan permintaan yang berkurangan.
Peniaga minyak sawit, David Ng berkata bahawa penurunan itu selepas minggu baharu berakhir kontrak niaga hadapan MSM diniagakan rendah selepas bermula tinggi, mencapat paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan pada Khamis.
“Simpanan stok yang lebih tinggi adalah susulan daripada permintaan yang lemah,” katanya.
Stok berkaitan perladangan juga diniagakan rendah minggu ini seiring dengan hara MSM yang lebih rendah.
Daripada aspek teknikal, Ng berkata harga MSM dijangka diniagakan antara RM2,750 dan RM2,900 satu tan dengan bias negatif secara keseluruhan kerana prestasi eksport dijangka perlahan.
Untuk minggu yang baru berakhir, kontrak niaga hadapan MSM didagangkan lebih tinggi kecuali pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago, Pertukaran Komoditi Dalian dan pergerakan ringgit berbanding dolar US.
Pasaran ditutup pada Isnin lepas sempena cuti Hari Kebangsaan.
Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak niaga hadapan MSM bagi September 2020 meningkat RM87 kepada RM2,932 setan, Oktober 2020 menambah RM113 kepada RM2,892 setan, November 2020 bertambah RM97 kepada RM2,835 setan dan Disember 2020 naik RM86 kepada RM2,797 setan.
Jumlah mingguan turun kepada 213,212 lot daripada 229,701 lot yang direkodkan dalam minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka naik kepada 238,535 kontrak daripada 233,230 kontrak minggu sebelumnya.
Di pasaran fizikal, September Selatan meningkat RM90 kepada RM2,950 setan.- Bernama