Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kontrak Azam Baki disambung setahun lagi
  • NASIONAL

Kontrak Azam Baki disambung setahun lagi

Utusan Sarawak 1 year ago
KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa Ahad ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata, pelantikan itu dibuat selaras subseksyen dengan 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun pada 2023 dan akan tamat pada 12 Mei depan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin Covid-19 – Dzulkefly
Next: PRK KKB: Keputusan diketahui seawal 9.00 malam ini – SPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.