Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kontena Israel diarah patah balik ke negara jiran
  • NASIONAL

Kontena Israel diarah patah balik ke negara jiran

Utusan Sarawak 11 months ago

KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mengekang motolori dari negara jiran yang membawa kontena berlogo syarikat berpangkalan diĀ Israel daripada memasuki Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada Ahad lepas.

Pengarah JKDM Perlis Ismail Hashim berkata kontena syarikat Israel yang berisi ayam sejuk beku itu memasuki terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, ICQS Padang Besar pada 12.03 tengah hari bagi melakukan pengikraran Borang K1 bertujuan melakukan pengimportan dagangan ke Malaysia.

“Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mendapati kontena yang digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ‘ZIM’ yang tertera pada badan dinding luar kontena terbabit. Kenderaan telah ditahan untuk mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan yang terlibat memaklumkan kontena berlogo “ZIM” dilarang memasuki Malaysia kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.

“Kenderaan berserta kontena berisi dagangan diarah berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Aktif berlari, AL Rumie kini miliki lebih 300 kasut larian
Next: UTP di kedudukan 300 terbaik dalam QS World University Rankings 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.