Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kongsi rezeki sempena Aidilfitri
  • TEMPATAN

Kongsi rezeki sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ditemani isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi membeli kain untuk kakitangan yang setia mengiringi mereka setiap masa, tanpa mengira cuti dan kepenatan sebagai sebahagian daripada persiapan menyambut Aidilfitri di Kamdar, semalam. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Rezeki yang dikurniakan Allah lebih bermakna apabila dikongsi, kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meluangkan masa membeli kain di Kamdar, semalam.

Sekitar 12.20 tengah hari itu, Tun Wan Junaidi mengambil kesempatan membeli kain untuk kakitangan yang setia mengiringi mereka setiap masa, tanpa mengira cuti dan kepenatan sebagai sebahagian daripada persiapan menyambut Aidilfitri.

“Sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan serta komitmen mereka dalam menjalankan tugas, pemberian ini diharapkan dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.

“Keprihatinan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan nilai kasih sayang yang tinggi, selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan amalan bersedekah serta berkongsi rezeki, terutama dalam bulan penuh keberkatan ini.

“Semoga sedikit pemberian ini membawa kegembiraan dan keberkatan buat semua,” ujar beliau.

Turut menemani, isteri Tun Wan Junaidi, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dasar Kualiti Kementerian perkukuh integriti, sistem perkhidmatan MUTS
Next: Semua cuti anggota IPD Kuching dibekukan sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.