Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks UNIFOR dijangka siap tahun depan
  • TEMPATAN

Kompleks UNIFOR dijangka siap tahun depan

Utusan Sarawak 2 years ago

Lakaran artis untuk Kompleks UNIFOR yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun depan.

KUCHING: Proses pembinaan kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bernilai RM70 juta di Jalan Ong Tiang Swee dijangka siap pada 2024.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata, proses pembinaan kompleks berkenaan berjalan dengan lancar.

“Berdasarkan kontrak, pembinaan kompleks berkenaan mengambil masa selama dua tahun sahaja.

“Kini, projek berkenaan berjalan lancar dan dijangka siap pada penghujung tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Sesi Penyampaian Cek Bantuan Dana-Dana Sekolah Mubaligh Bagi Tahun 2022-Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan kompleks berkenaan yang setinggi 10 tingkat di atas tapak seluas 1.2 hektar telah bermula sejak Oktober 2021 yang turut dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu, Penguang telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana-Dana Sekolah Mubaligh Bagi Tahun 2022-Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching dengan jumlah keseluruhan RM3.7 juta di Wisma Bapa Malaysia.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: UNIFOR bantu 32 sekolah mubaligh berjumlah keseluruhan RM3.7 juta
Next: “Jangan tapok, timbus paip pecah” – Julaihi Narawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.