Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited bantu pekebun kecil getah
  • Utara
  • WILAYAH

Komited bantu pekebun kecil getah

Utusan Sarawak 5 months ago
SERAH… Datuk Hasbi Habibollah (dua, kiri) ketika sesi penyerahan replika cek pada Program GKKG di Dewan Kampung Pabahanan, hari ini.

LIMBANG: Lebih RM3.9 juta peruntukan disalurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Limbang untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah di Daerah Limbang dan Lawas melalui pelbagai program dan bantuan sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, kerajaan sentiasa berusaha memperkasa program dan bantuan yang disalurkan serta sentiasa mencari jalan bagi menyokong warga pekebun kecil mengatasi segala kesukaran agar tiada yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.

“Penubuhan pejabat RISDA Bahagian Limbang pada 2022 membantu melancarkan usaha membantu pekebun kecil mengusahakan tanaman getah selain menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Saya berharap kita semua yang ada ladang-ladang getah ini akan mengusahakan ladang-ladang getah untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG), anjuran RISDA Bahagian Limbang di Dewan Kampung Pabahanan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, penubuhan pejabat itu dapat memudahkan pekebun kecil dan peladang berurusan dengan RISDA yang sebelum ini dilakukan di Miri.

“RISDA turut menawarkan program latihan dan bimbingan kepada usahawan bagi meneroka perkara baharu.

“Saya berharap para pekebun kecil lebih serius mengusahakan tanaman getah mereka untuk menjana ekonomi,” katanya.

Tambah beliau, selain mengusahakan tanaman getah, banyak program usahawan dilaksanakan di Limbang dengan pengeluaran produk tempatan untuk dikembangkan dengan bantuan RISDA daripada aspek pemasaran.

Turut hadir Ketua Unit Perancangan Pejabat RISDA Negeri Sarawak Emyza Aisah  Atang dan Pegawai RISDA Bahagian Limbang Mohd Nazli Ayub.

Oleh ADENG EDRUS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Waspada lakukan aktiviti luar sepanjang musim MTL
Next: Jelajah Gawai DUN Lingga diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.